4 Ogos 2026 - Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 162 orang graduan TVET yang telah berjaya menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.
Detik bersejarah ini turut mencatatkan lipatan sejarah tersendiri apabila Istiadat Konvokesyen Ke-29 menyaksikan pengeluaran graduan sulung program TVET Tahfiz dari ADTEC JTM Kampus Selandar.
Syabas dan tahniah atas kejayaan yang diraikan hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong serta inspirasi buat seluruh warga pelajar ADTEC JTM Kampus Selandar dalam usaha melahirkan generasi berkemahiran tinggi yang berteraskan aspirasi Malaysia MADANI.