27 Jun 2026 - Bengkel Teknologi Komputer (Rangkaian) telah menjalankan Kurus KPJ Modular 'Peralatan Komputer Berwayar' dengan penyertaan seramai 21 orang peserta (Guru dan pelajar-pelajar Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin) dan dibimbing oleh En Ahmad Fadzili bin Daud selaku tenaga pengajar.
Pelajar dan guru pengiring dijemput dan dihantar pulang oleh pemandu bas ADTEC Selandar En Khairul Izwan bin Mazlan.
Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas positif daripada semua peserta.
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperolehi memberi manfaat dalam perjalanan pembelajaran dan kerjaya kelak.