14-15 Julai 2026 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Karnival Pendidikan Kerjaya Murid (SUKSES) 5.0 bertempat di kampus ADTEC JTM Kampus Selandar. Karnival Kerjaya SUKSES kembali lagi di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
Program ini telah menjadi platform terbaik dalam menghubungkan para pelajar dengan peluang kerjaya, kemahiran industri, serta memperkasa semangat keusahawanan disamping peluang bertukar-tukar pengalaman dalam bidang pendidikan.
Selaku tuan rumah, ADTEC JTM Kampus Selandar tidak melepaskan peluang mengundang para pelajar untuk merasai pengalaman dunia TVET melalui Tour Campus yang mana para pelajar didedahkan dengan perjalanan aktiviti latihan dalam bidang kemahiran.
Semoga impak positif daripada karnival ini terus memacu kecemerlangan warga bidang pendidikan khususnya warga ADTEC JTM Kampus Selandar dan komuniti setempat.