24 Januari 2024 - ILP Selandar telah menerima kunjungan hormat dari Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Selatan) bagi perbincangan jalinan strategik serta lawatan tapak di ILP Selandar bagi mengenalpasti peluang dan ruang yang boleh dijalin bersama dalam bidang scaffolding.
Pengarah ILP Selandar, Ts. Rostam bin Hashim telah mempengerusikan perbincangan tersebut bersama-sama Pn Suhaila binti Yusof (Ketua Bahagian Teknologi CADD Mekanikal) dan En Mohd Yassir bin Ali (Penolong Pengarah CESS) dengan kehadiran En. Mohd Fairoz bin Mohd Saad (Eksekutif Kanan, Bahagian Latihan Kemahiran), En Khairulazli bin Sharifuddin ( Eksekutif ) dan En Hishamzuri bin Mohd Saidin (Ketua Kluster) daripada ABM Wilayah Selatan.