05 Ogos 2024 – Pengarah ILP Selandar, Ts Rostam bin Hashim telah menerima kunjungan hormat daripada Pn Rosliza binti Johari, Kaunselor Pendidikan Daerah PPD Jasin bagi menyampaikan Sijil dan Cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada ILP Selandar khususnya kepada Tuan Pengarah yang telah memberi Taklimat tentang Pelaksanaan Program TVET Tahfiz sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Jasin (AKPJ) 2023 Pejabat Pendidikan Daerah Jasin yang telah diadakan pada 31 Julai 2024 bertempat di Auditorium Iltizam ILP Selandar baru-baru ini.