10 Julai 2024 – Bertempat di ILP Selandar, program anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan dengan kerjasama ILP Selandar telah memberi pendedahan khusus buat para guru kaunselor sekolah menengah dan para mudir dari madrasah tahfiz sekitar negeri Melaka mengenai laluan potensi kerjaya yang memfokuskan kepada bakal lepasan SPM dalam bidang kemahiran.
Turut menjayakan program, reruai pameran kerjaya dari pelbagai agensi yang menaungi bidang TVET Malaysia.
Semoga pencerahan kepada para guru kaunselor dapat membuka laluan kepada para pelajar dalam memilih bidang TVET dalam meneraju potensi kerjaya masa hadapan.