Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN TEKNOLOGI HIJAU MELAKA KE ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR

25 Jun 2026 - Satu sesi kunjungan hormat telah diadakan oleh wakil pegawai Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) ke ADTEC JTM Kampus Selandar.

Pertemuan strategik ini melibatkan delegasi daripada Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dan ADTEC JTM Kampus Selandar bagi menerokai ruang kolaborasi demi memacu agenda teknologi hijau dan pembangunan bakat masa hadapan.

Sesi kunjungan ini telah dihadiri oleh wakil pengurusan kedua-dua pihak:
Wakil ADTEC JTM Kampus Selandar:
1. En. Sudirman bin Suratin – Timbalan Pengarah Latihan
2. En. Mohd Lizan bin Mohd Manaker – Penolong Pengarah Komuniti Khidmat Sokongan Pekerjaan (CESS)

Wakil Perbadanan Teknologi Hijau Melaka:
1. Cik Nik Nur Atira binti Nik Ibrahim – Pengurus Unit Teknikal & Hubungan Luar
2. En. Muhamad Firdaus bin Zainudin – Penolong Pengurus Kanan Unit Teknikal & Hubungan Luar
3. Cik Nadhirah binti Ahmad – Pengurus Unit Karbon & Kelestarian
4. Puan Farahiyah Sakinah binti Aman – Penolong Pengurus Kanan Unit Karbon & Kelestarian

Sinergi ini memfokuskan kepada beberapa paksi utama yang bakal memberi impak besar kepada industri dan masyarakat, antaranya:
• Pembangunan Modal Insan & TVET: Memperkasakan graduan berkemahiran tinggi yang kalis masa hadapan.
• Teknologi Hijau & Tenaga Boleh Baharu: Mengintegrasikan elemen kelestarian alam dalam latihan teknikal.
• Penyelidikan Bersama: Menerokai inovasi baharu dalam teknologi mesra alam.
• Program Pembangunan Komuniti: Membawa kesedaran dan aplikasi teknologi hijau terus kepada masyarakat setempat.
Semoga jalinan kerjasama strategik ini bakal membuka lebih banyak peluang ke arah kelestarian alam sekitar dan melahirkan tenaga kerja TVET yang kompeten dalam bidang teknologi hijau.

Slide