05 Julai 2024 – Bertempat di Auditorium Iltizam, ILP Selandar, seramai 21 orang pelajar Tvet-Tahfiz telah berjaya menamatkan pengajian selama tiga bulan dalam bidang Sijil Modular Teknologi Komputer (Sistem), Kursus Pemasangan Komputer dan Instalasi Perisian.
Tahniah dan Selamat Maju Jaya diucapkan buat semua pelajar yang menerima Sijil Tamat Latihan Program Tvet-Tahfiz, Fasa 1 Tahun 2024 di ILP Selandar.
Semoga ilmu kemahiran yang diperoleh dapat memberi nilai tambah dalam membentuk generasi celik Al-Quran berkemahiran serta menjadi peneraju pembangunan negara yang madani.