12 Ogos 2025 - ADTEC JTM Kampus Selandar telah menerima kunjungan hormat daripada Rejimen 502 Askar Wataniah. Pertemuan ini memberi tumpuan kepada perbincangan dan maklum balas mengenai gunasama kemudahan fasiliti bagi program yang akan dilaksanakan oleh Askar Wataniah di dalam kawasan kampus.
Perbincangan berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif, dengan fokus memastikan tatacara penggunaan fasiliti yang teratur serta kebajikan warga kampus terpelihara. Pihak ADTEC JTM mengalu-alukan kerjasama strategik yang menyokong agenda pembangunan modal insan dan pembudayaan disiplin.
Terima kasih kepada Rejimen 502 Askar Wataniah atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga inisiatif ini memperkukuh jaringan kolaborasi antara institusi latihan kemahiran dan pasukan beruniform demi manfaat komuniti setempat.