08 Januari 2025 – Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar dengan rasa penuh penghargaan telah menerima kunjungan hormat daripada Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (JAIM) Al-Abqari sempena Taklimat Program TVET Tahfiz ILP Selandar @ ILP Ulul Albab yang diadakan pada hari Rabu, 8 Januari 2025 bersamaan 8 Rejab 1446H.
Majlis ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, ILP Selandar dan dipengerusikan oleh Tuan Ts. Rostam Bin Hashim selaku Pengarah ILP Selandar. Kunjungan ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Tuan Hj Amin Bin Hj Azmi, selaku Pengetua bersama iringan guru-guru Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (JAIM) Al-Abqari.
Semoga pertemuan ini membuka ruang kerjasama yang lebih erat antara institusi, sekali gus memperkukuhkan usaha memperkasakan pendidikan TVET yang seiring dengan nilai-nilai Al-Quran dan aspirasi Ulul Albab.