BERITA & AKTIVITI

KURSUS JANGKA PENDEK (KJP CUSTOMISED) FIBRE OPTIC SPLICING AND TERMINATION

 

5 Mei 2025 - Pada 3 Mei 2025 yang lepas, Bengkel Teknologi Rangkaian telah menjalankan Kursus Fibre Optic Splicing And Termination, dengan penyertaan seramai 21 orang (Guru dan pelajar-pelajar Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin) dan dibimbing oleh En. Raja Azman dan Pn. Nor Nilam selaku tenaga pengajar.

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada asas teknologi gentian optik, jenis-jenis kabel dan penyambung (connector), serta teknik-teknik utama yang digunakan dalam penyambungan (splicing) sama ada secara fusion splice atau mechanical splice dan penamatan kabel secara profesional. Peserta juga akan belajar cara menggunakan alat ujian seperti OTDR (Optical Time Domain Reflectometer) untuk menguji sambungan dan kualiti isyarat.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperolehi memberi manfaat dalam perjalanan pembelajaran dan kerjaya kelak.

Slide