20 Mei 2026 - ADTEC JTM Kampus Selandar telah mengadakan Sesi Perkongsian Industri dari Penasihat Teknikal (TA) pada 20 Mei 2026 (Rabu).
Kami amat menghargai usaha sama bersama Penasihat Teknikal (TA) ADTEC JTM Kampus Selandar Dr. Ts. Hj Norhisyam bin Hj Seyajah dari UNIKL (MIDI), Dr. Sheikh Nasir bin Kamarudin dari Virtual Space Sdn Bhd dan Ir. Ts. Noor Hisham bin Yahaya dari Lindeenwood Consult Sdn Bhd.
Semoga usaha pihak ADTEC JTM Kampus Selandar bersama semua Penasihat Teknikal (TA) yang dilantik ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan industri dan demi manfaat para pelajar TVET Tahfiz. Semoga kerjasama ini terus berkekalan dan memberi impak yang positif pada masa akan datang.