Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

PROGRAM IHTIFAL ILMI (DURAR AL ISHRAQ) ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR

17 September 2026 - Dalam usaha mendukung aspirasi menghargai seni dalam Islam, ADTEC JTM Kampus Selandar telah menjayakan Pertandingan Ihtifal Ilmi (Durar Al Ishraq) melibatkan penyertaan para huffaz melalui pelbagai kategori pertandingan.

Program membariskan beberapa kategori pertandingan iaitu Penulisan Khat, Azan, Persembahan Nyanyian Nasyid, Bercerita, Sirah dan Penghasilan Video Pendek Dakwah.

Majis Penutup telah disempurnakan oleh Ts. Rostam Bin Hashim, Pengarah ADTEC JTM Kampus Selandar yang menyambut baik penganjuran pertandingan kerana dapat mengasah bakat seni yang ada dalam jiwa para huffaz.

Penyertaan yang menggalakkan bagi penganjuran kali pertama pertandingan berprestij ini. Tahniah buat para pemenang bagi setiap kategori pertandingan. Kemenangan yang dirai dijadikan inspirasi dalam apresiasi kesenian. Kalah dan menang adat pertandingan, cuba lagi di lain pertandingan.

Slide