Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

LANGKAH CERGAS, MINDA CERDAS: PROGRAM BRISKWALK WARGA ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR

9 September 2026 - Kesihatan fizikal dan mental yang optimum adalah kunci kepada produktiviti kerja yang cemerlang!

Baru-baru ini warga kerja ADTEC JTM Kampus Selandar bersama Tuan Pengarah, Ts. Rostam bin Hashim telah bersama-sama menyertai Program Aktiviti Briskwalk ADTEC JTM Kampus Selandar.

Dengan semangat teamwork yang tinggi, sesi berjalan cergas ini bermula dari perkarangan kampus ADTEC JTM Kampus Selandar dan menyusuri laluan keindahan alam sehingga ke Masjid Al-'Iffah, Selandar, Melaka.

Aktiviti santai tapi bertenaga ini bukan sahaja membudayakan gaya hidup sihat dan cergas dalam kalangan warga kerja, malah mengeratkan lagi silaturahim di luar waktu pejabat. Badan sihat, minda cerdas, kerja pun lebih berkualiti.

Slide