22 Januari 2025 – ILP Selandar telah menyantuni lawatan dan kunjungan hormat daripada Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) pada 21 Januari 2025, bertujuan bagi membincangkan pelaksanaan serta kerjasama berhubung program TVET Tahfiz.
Perbincangan ini adalah bertumpukan kepada rangka pelaksanaan program TVET Tahfiz dan kerjasama strategik yang akan dijalin bersama untuk melahirkan Huffaz Teknokrat yang merangkumi pelbagai bidang kemahiran sesuai dengan kehendak industri semasa.
Lawatan ini diketuai oleh Pengerusi PINTA, Ustaz Mohd Zahid Bin Mahmood dengan kekuatan seramai 13 orang Pengerusi PINTA peringkat negeri. Para hadirin turut berpeluang untuk turun ke lapangan bagi melihat kemudahan-kemudahan fasiliti yang terdapat di ILP Selandar, serta sesi pembelajaran dan latihan yang sedang berlangsung.
Semoga kunjungan hormat ini meluaskan lagi laluan para huffaz dalam mempelbagaikan kemahiran disamping membentuk ummah yang menyemarakkan masa hadapan dunia TVET Malaysia Madani.