BERITA & AKTIVITI

LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH ILP SELANDAR DAN PERBINCANGAN KERJASAMA PROGRAM TVET TAHFIZ DI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

 

05 Ogos 2024 – Pasukan promosi Program TVET Tahfiz ILP Selandar diketuai Pengarah ILP Selandar, Ts. Rostam Bin Hashim telah membuat kunjungan hormat ke JAWI bersama Pegawai CESS dan Pengajar Tahfiz pada 19 Julai yang lalu.
 
Lawatan ini bertujuan untuk mempromosikan Program TVET Tahfiz ILP Selandar kepada JAWI disamping mendapatkan nasihat dan pandangan dari JAWI dalam pelaksanaan program TVET Tahfiz selain daripada salah satu inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dalam penawaran latihan dan kemahiran Program TVET Tahfiz kepada pelajar tahfiz seluruh Wilayah Persekutuan khususnya.
 
Terima kasih kepada JAWI kerana sudi menerima kehadiran kami. Semoga pertemuan ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Slide