BERITA & AKTIVITI

MESYUARAT PENYELARASAN MAHRAJAN TVET TAHFIZ BERSAMA JPK WILAYAH SELATAN

 

22 Mei 2025 - Terima kasih kepada Pn. Wan Nur Fauzan binti Mohd Fauzai dan rakannya daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Selatan atas kesudian beliau meluangkan masa bersama ADTEC JTM Kampus Selandar untuk membincangkan berkenaan pameran dan aktiviti kursus boleh dilaksanakan dan diwar-warkan kepada Pusat Bertauliah berkaitan bersempena Mahrajan TVET Tahfiz yang akan dilaksanakan pada bulan Julai nanti.

Perbincangan ini adalah bertujuan untuk merancang keperluan tempat pameran dan perbelanjaan diperlukan serta kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kursus dan aktiviti yang dilaksanakan.

Terima kasih diucapkan Pengarah JPK Wilayah Selatan atas pertimbangan memberi pelepasan kepada pegawai-pegawai yang datang berkunjung ketempat kami untuk perbincangan ini. Semoga Allah SWT permudahkan urusan serta sama-sama mendapat manfaat dallam perlaksanaan karnival di ADTEC JTM Kampus Selandar nanti. Nantikan kemunculan Marajan TVET Tahfiz pada bulan Julai ini.

Slide