09 Januari 2025 – Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar dengan rasa penuh penghargaan telah menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (JAIM) Al-Abqari, sempena Taklimat Program TVET Tahfiz ILP Selandar @ ILP Ulul Albab yang telah diadakan pada hari Khamis, 9 Januari 2025 bersamaan 9 Rejab 1446H.
Pelajar-pelajar sekolah yang hadir telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki menyertai sesi latihan dan perkongsian ilmu yang berlansung bertempat di setiap bengkel latihan di ILP Selandar.
Semoga pertemuan ini membuka ruang kerjasama yang lebih erat antara institusi, sekali gus memperkukuhkan usaha memperkasakan pendidikan TVET yang seiring dengan nilai-nilai Al-Quran dan aspirasi Ulul Albab.