Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR & PENGAJAR ADTEC JTM KAMPUS KUALA TERENGGANU

21 Oktober 2026 - Bengkel Teknologi Komputer (Sistem), ADTEC JTM Kampus Selandar telah menerima lawatan sambil belajar daripada ADTEC JTM Kuala Terengganu yang melibatkan 23 orang pelajar, 3 orang pelajar intern dan 3 orang tenaga pengajar.

Program dimulakan dengan taklimat ringkas, diikuti lawatan ke Makmal Aplikasi, Makmal Perkakasan Komputer dan Makmal Linux. Lawatan turut diserikan dengan sesi ramah mesra bersama pelajar TVET Tahfiz bagi mengeratkan silaturahim serta berkongsi pengalaman dalam bidang TVET.

Semoga lawatan ini memberi manfaat dan mengukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi.

Slide