BERITA & AKTIVITI

ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR MELAYAKKAN DIRI KE PERINGKAT AKHIR KEJOHANAN LIGA FUTSAL PIALA TYT NEGERI MELAKA 2025

 

26 Mei 2025 - Pasukan futsal ADTEC JTM Kampus Selandar telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Kejohanan Liga Futsal Piala Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Melaka 2025 sempena sambutan Hari Jadi Ke-76 TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Pertandingan peringkat kumpulan bagi kategori IPTA/IPTS/Industri telah berlangsung di Kapten Futsal, Melaka Mall, Ayer Keroh. ADTEC JTM Kampus Selandar telah mempersembahkan aksi cemerlang dalam perlawanan liga ini dan berjaya menempah tempat ke grand final yang dijadualkan berlangsung pada 1 Jun 2025.

Grand final ini akan menyaksikan 16 pasukan terbaik dari seluruh negara, termasuk pasukan profesional, berentap untuk merebut kejuaraan berprestij ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan ADTEC JTM Kampus Selandar atas pencapaian membanggakan ini. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan dan doa.

Slide