Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

MAJLIS APRESIASI PELAJAR HAFL TAKHARRUJ SESI 02/2026

1 Oktober 2026 - Satu lagi peristiwa bersejarah terlakar dengan sempurnanya pengajian latihan kemahiran buat 77 orang huffaz teknorat ADTEC JTM Kampus Selandar. Majlis gilang-gemilang ini turut menghargai pencapaian hafazan dan penglibatan dalam bidang sukan di sepanjang pengajian berlangsung. 

Tahniah buat penerima Anugerah Pelajar Terbaik Kursus iaitu : 
1. Kursus Teknologi Komputer Sistem : Nur Zulaikha binti Heri Satria
2. Kursus Teknologi Komputer Rangkaian : Nur Balqis binti Heri Satri
3. Kursus Teknologi Minyak & Gas (Lukisan Perpaipan) : Luqman Warith bin Ahmat
4. Kursus Teknologi Rekabentuk Produk Industri :  Haikal Asyraaf bin Haniff

Syabas dan tahniah buat Nur Zulaikha binti Heri Satria yang turut merangkul kejayaan menerusi penganugerahan Pelajar Terbaik Keseluruhan ADTEC JTM Kampus Selandar.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada para huffaz yang telah menamatkan latihan di ADTEC JTM Kampus Selandar. Semoga kekal menjadi peneraju pembangun negara Malaysia yang Madani, serta cemerlang dunia dan akhirat.

Slide