BERITA & AKTIVITI

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR @ ULUL ALBAB

 

25 Mac 2025 – Bertempat di Surau As-Syakirin, ADTEC JTM Kampus Selandar, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran peringkat institut dengan penuh khusyuk dan barakah.
Majlis ini turut diserikan dengan alunan merdu bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang diperdengarkan oleh gabungan para pelajar ADTEC JTM Kampus Selandar.

Majlis penuh keberkatan ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah, Ts. Rostam bin Hashim, dengan kehadiran para pengajar serta pelajar-pelajar kampus.

Semoga warga ADTEC JTM Selandar terus istiqamah dalam membudayakan amalan pembacaan Al-Quran sepanjang hayat serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Slide