Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

PERHIMPUNAN BULANAN WARGA ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR BIL 05/2026

1 Julai 2026 - Alhamdulillah, telah selesai sesi Perhimpunan warga ADTEC JTM Kampus Selandar  pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan amanat bermakna daripada Tuan Pengarah, Ts. Rostam bin Hashim sebagai panduan untuk memacu kecemerlangan. Beliau menghubungkait peristiwa Hijrah dalam konteks perubahan seorang penjawat awam dalam mempertingkatkan kemahiran serta prestasi dalam membangunkan sesebuah organisasi.

Warga ADTEC  juga turut diingatkan untuk sentiasa mengutamakan niat bekerja atau menuntut ilmu serta membuat amal kebaikan kerana Allah swt. Mereka juga digalakkan untuk sentiasa mengaplikasikan sifat positif dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.

Selain itu, berlangsung juga slot perkongsian mengenai Pengenalan AI Di Tempat Kerja yang disampaikan oleh En.Sudirman bin Suratin, Timbalan Pengarah Latihan ADTEC JTM Kampus Selandar. Beliau menggalakkan kakitangan untuk meneroka fungsi AI yang seharusnya menjadi rujukan dan sumber jalan penyelesaian cara kerja dalam sesebuah organisasi.
Semoga perkongsian-pergkosian pada hari ini memberi manfaat dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Slide