6-9 Julai 2026 - Permulaan kembara baharu buat huffaz teknokrat ADTEC JTM Kampus Selandar dimulakan dengan Minggu Orientasi Pelajar Baharu bagi sesi 02/2026.
Pelbagai aktiviti telah dijayakan dilihat telah menjalin ukhwah serta memperkenalkan ADTEC JTM Kampus Selandar kepada para huffaz disamping memberi pendedahan tentang persekitaran tvet tahfiz.
Turut disampaikan amanat Tuan Pengarah, Ts.Rostam bin Hashim yang telah memperkenalkan institut yang berperanan sebagai Gerbang Informasi dalam Melahirkan Huffaz Teknokrat menuju revolusi industri 5.0.
Semoga amanat yang telah disampaikan menyuntik semangat para huffaz dalam membentuk modal insan yang berkemahiran serta cemerlang dunia dan akhirat.
