18 September 2025 - Telah berlangsung Majlis Perpisahan Junjungan Kasih, Selembar Budi sebagai tanda penghargaan buat 3 insan hebat warga ADTEC JTM Kampus Selandar yang bakal meneruskan khidmat bakti di tempat baharu. Insan hebat yang dimaksudkan adalah :
1) En.Mohamad Shamsul Rizal bin Rozak - Bakal berkhidmat di ADTEC JTM Kampus Marang, Terengganu
2) Dr. Mohd Sarizal bin Md Ani - Bakal berkhidmat di Kampus CIAST Segamat, Johor
3) Pn. Surinah binti Siron - Bakal berkhidmat di Kampus CIAST Segamat, Johor
Terima Kasih, Selamat Maju Jaya diucapkan dan semoga ukhwah sesama warga ADTEC terus berkekalan.