29 Julai 2025 - PITAYA pasukan robot ADTEC JTM Kampus Selandar kembali menyertai NSRC 2025 dengan misi MEMBURU JUARA. Pasukan PITAYA yang terdiri daripada 4 pelajar aliran TVET Tahfiz, 1 pelajar aliran perdana dan 2 pengajar berjaya beraksi di pentas akhir dan dinobatkan sebagai Juara Kategori Terbuka Pertandingan National Soccer Robotic Championship (NSRC) 2025 anjuran Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT).
Pertandingan kali ini menampilkan sebanyak 16 pasukan bagi kategori terbuka yang terdiri daripada institusi-institusi pengajian tinggi awam, institusi-institusi latihan kemahiran dan sekolah-sekolah menengah.