12-13 November 2024 – Melestarikan pelaksanaan ILP Selandar sebagai ILP Ulul Albab, Program Outreach Kerjaya TVET Tahfiz Di ILP Selandar Bersama Pelajar Tahfiz Al Quran Jawahir Al Ulum Batu Pahat, Johor telah dilaksanakan.
Penyertaan program seramai 120 orang pelajar dan guru pengiring memberi pendedahan kepada kursus-kursus berkaitan bidang teknologi maklumat dan mekanikal. Antara kursus yang telah dijalankan adalah :
1. Kursus Pemasangan Perkakasan Komputer
2. Kursus Rangkaian Komputer Kawasan Setempat (LAN)
3. Kursus Reka Grafik Poster Menggunakan CANVA
4. Kursus Pengenalan Asas Lukisan 2D
5. Kursus Asas Semburan Cat Aerosol
6. Kursus Asas Prompting AI
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ts. Tn. Hj. Sarman Bin Rawan, Pengarah ADTEC Batu Pahat merangkap Pengerusi TVET JTM Wilayah Selatan. Turut hadir bersama, Pengasas Tahfiz Al Quran Jawahir Al Ulum Batu Pahat, Johor selaku Pengurus Pusat Pentauliah, Tuan Azzamuddin bin Hj Parman.
Diharapkan program ini memberi pendedahan yang menyeluruh mengenai hala tuju pendidikan TVET bagi melahirkan generasi huffaz teknokrat Madani.