23 Julai 2026 - Memeriahkan slot National Training Week (NTW), sesi latihan penggunaan aplikasi Google Sheet: Appsheet secara dalam talian telah dijalankan. Slot perkongsian telah disampaikan oleh En. Sudirman Bin Suratin, Timbalan Pengarah Latihan, ADTEC JTM Kampus Selandar.
Semoga sesi perkongsian kali ini, membantu para peserta dalam penyusunan data yang lebih teratur serta memudahkan carian data ketika diperlukan.
Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat diaplikasikan sepenuhnya dan memberi nilai tambah dalam memperkemaskan lagi urusan pengurusan data harian kita semua.