09 September 2025 - Bertemakan "Build Your Future@KV", hari terbuka kali ini memberi peluang kepada para pengunjung untuk membuat pilihan dalam menentukan halatuju pengajian dalam bidang akademik mahupun kemahiran.
Bertempat di Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin Jasin, ADTEC JTM Kampus Selandar turut memeriahkan hari terbuka tersebut dengan mempromosikan Program Tvet Tahfiz (Sepenuh Masa) dan Program Kursus Jangka Pendek (eKJP).
Diharapkan penyertaan dalam hari terbuka ini memberi gambaran mengenai perjalanan Tvet Tahfiz di ADTEC JTM Kampus Selandar dalam usaha melahirkan huffaz teknokrat madani.