23 Julai 2026 - Satu sesi pembelajaran dan perkongsian ilmu mengenai pembinaan Dashboard menggunakan Google Sheets telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada 23 Julai 2026, oleh Tuan Sudirman bin Suratin, Timbalan Pengarah Latihan, ADTEC JTM Kampus Selandar.
Sesi ini merangkumi pelbagai topik praktikal seperti teknik pembersihan data (data cleaning), tetapan formula bersyarat, serta visualisasi data secara interaktif dan berkesan.
Bagi yang terlepas perkongsian ini atau ingin menjadikannya sebagai bahan rujukan ulang kaji, rakaman penuh sesi pembelajaran tersebut kini boleh diakses melalui pautan di bawah:
Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat diaplikasikan sepenuhnya dan memberi nilai tambah dalam memperkemaskan lagi urusan pengurusan data harian kita semua.
