Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER DAN LAWATAN VERIFIKASI PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) SESI 2/2025 - PELAJAR ALIRAN PERDANA SESI PENGAMBILAN 2/2024

17 Disember 2025 - Peperiksaan Akhir Semester sesi 2/2025 telah berlangsung pada 8 Disember sehingga 19 Disember 2025 dan Lawatan Verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) bagi pelajar aliran perdana sesi kemasukan 2/2024 ADTEC JTM Kampus Selandar telah dijalankan pada 15 Disember sehingga 17 Disember 2025.

Empat orang Pegawai Pengesah Luaran (PPL) terdiri daripada;
1. Ts. Mohd Hairudin Bin Hassan dari ADTEC JTM Kampus Kuala Langat,
2. Ts. Norliza Binti Hashim dari Proton Institut (ADTEC Melaka),
3. Tuan Ramli Bin Mamat dari ADTEC JTM Kampus Marang, dan
4. Tuan Wan Hussin Bin Wan Ahmad (PB)

telah hadir sebagai PPL untuk mengesahkan keputusan Peperiksaan bagi keseluruhan 92 orang pelajar kursus Teknologi Komputer Sistem (F01), Teknologi Komputer Rangkaian (F02), Teknologi Komputer Rekabentuk Produk Indsutri (A12), Teknologi Minyak dan Gas (Lukisan Perpaipan) (A17).

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana telah berjaya diverifikasi dan  mendapat keputusan 𝗟𝗨𝗟𝗨𝗦 dan layak untuk dipersijilkan SKM Tahap 3.

Slide