BERITA & AKTIVITI

PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN BIL 3/2025

19 Ogos 2025 - Bertempat di Dewan Auditorium Iltizam, Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan ADTEC JTM Kampus Selandar telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Peneraju Pembangun.

Majlis diteruskan dengan pengumuman berkenaan pentadbiran diikuti dengan ucapan amanat oleh Timbalan Pengarah Latihan, ADTEC JTM Kampus Selandar, Tuan Mohamad Shamsul Rizal bin Rozak. Beliau memperingatkan mengenai tanggungjawab seorang pegawai dalam memainkan peranan sebagai individu yang memikul pelbagai tugas dalam membentuk organisasi yang utuh dan cemerlang. Beliau turut menyarankan supaya para pengajar sentiasa memberikan komitmen yang terbaik dalam menjayakan tugas  melahirkan generasi yang madani.

Majlis turut meraikan para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2024. Syabas dan tahniah atas kejayaan yang diperoleh. Semoga penganugerahan ini menyuntik semangat untuk berkhidmat lebih cemerlang disamping menjadi sumber inspirasi kepada warga kerja ADTEC JTM Kampus Selandar.

Turut berlangsung,apresiasi semangat patriorisme dalam kalangan warga kerja ADTEC JTM kampus Selandar menerusi nyanyian lagu patriotik disamping kibaran Jalur Gemilang dengan penuh semangat. Semoga perhimpunan ini menjadi asbab kepada utuhnya ukhwah yang mampu membentuk organisasi yang cemerlang dunia dan akhirat.

Slide