Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

PERHIMPUNAN BULANAN WARGA ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR BIL. 04/2026

22 Mei 2026 - Telah selesai sesi Perhimpunan warga ADTEC JTM Kampus Selandar pada hari Jumaat, 22 Mei 2026 yang penuh barokah ini. 

Pengisian padat dimulakan dengan Sesi taklimat disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Lizan bin Mohamed Manaker daripada unit Latihan Dan Promosi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja, ADTEC JTM Kampus Selandar. Perkongsian merangkumi langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan.

Majlis turut disantuni dengan amanat bermakna daripada Tuan Pengarah, Ts.Rostam bin Hashim sebagai panduan untuk memacu kecemerlangan. Beliau menitikberatkan peranan penjawat awam untuk sentiasa ikhlas dalam memberikan perkhidmatan.

Warga ADTEC  juga turut diingatkan untuk sentiasa mengutamakan niat bekerja atau menuntut ilmu serta membuat amal kebaikan kerana Allah swt. Turut juga digalakkan untuk mencontohi sifat-sifat terpuji Rasulullah saw, menunjukkan keperibadian yang positif dalam usaha mencari keberkatan di dunia dan akhirat.

Semoga perkongsian-pergkosian pada hari ini memberi manfaat dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Slide