23 April 2026 - ADTEC JTM Kampus Selandar telah menjayakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit pada Khamis, 23 April 2026, bertempat di Perpustakaan Pusat Sumber, ADTEC JTM Kampus Selandar, Melaka.
Program ini telah berlangsung secara serentak selama 10 minit, bermula jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi, dengan penyertaan seramai 27 orang terdiri daripada pelajar-pelajar TVET Tahfiz dan warga kerja ADTEC JTM Kampus Selandar.
Sepanjang program, para pelajar dan warga kerja meluangkan masa membaca bahan pilihan masing-masing seperti buku, artikel dan bahan ilmiah. Pelaksanaan program berjalan lancar dengan kerjasama yang sangat baik daripada semua yang terlibat.
Semoga budaya membaca terus dipupuk dan menjadi amalan dalam kehidupan seharian.
