15 Ogos 2026 - Alhamdulillah, selesai sudah Program Tanggungjawab Komuniti Sosial (CSR) ADTEC JTM Kampus Selandar di Sekolah Rendah Agama JAIM Selandar, Melaka baru-baru ini.
Seramai 40 orang pelajar dan 3 orang pegawai pengiring ADTEC JTM Kampus Selandar telah menyertai program ini. Seronok melihat semangat pelajar-pelajar kita turun padang untuk berbakti kepada komuniti.
Semoga sumbangan kecil ini memberi impak besar dan mengeratkan lagi hubungan antara ADTEC JTM Kampus Selandar dengan masyarakat setempat.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini!