12 Mac 2026 - Program CSR Riang Raya ADTEC JTM Kampus Selandar bersama JAKEL Senawang telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Mac 2026, melibatkan pengagihan baju Melayu dan baju kurung kepada 33 orang pelajar ADTEC JTM Kampus Selandar sempena persiapan menyambut Aidilfitri.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan institusi dalam memupuk nilai keprihatinan, kebajikan dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kampus. Program seumpama ini bukan sahaja memberi keceriaan kepada para pelajar, malah turut mengukuhkan jalinan kerjasama strategik antara institusi dan pihak industri.
Majlis pengagihan telah disempurnakan oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Selandar, Ts. Rostam bin Hashim. Pihak ADTEC JTM Kampus Selandar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JAKEL Senawang atas sumbangan serta kerjasama yang amat bermakna dalam menjayakan program ini.
