Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

PROGRAM CUTI SEKOLAH MEI 2026: BENGKEL, PERTANDINGAN ROBOTIK DAN PROGRAM STEM

25-26 Mei 2026 - Program Cuti Sekolah: Bengkel & Pertandingan Robotik serta Program STEM anjuran bersama Kidszone Robotics, UPBM JPN Melaka dan ADTEC JTM Kampus Selandar telah pun melabuhkan tirainya dengan cemerlang pada 25 dan 26 Mei 2026. Program yang mendapat sambutan hangat ini berjaya menghimpunkan pelajar cilik dari pelbagai latar belakang di bawah satu bumbung demi mendalami ilmu teknologi masa hadapan.

Sepanjang dua hari program ini berlangsung, para peserta yang terdiri daripada pelajar berusia 7 hingga 12 tahun telah menunjukkan kreativiti luar biasa menerusi pelbagai sesi interaktif. Antara pengisian menarik yang berjaya dikuasai mereka termasuklah asas dan lanjutan LEGO Education WeDo 2.0, penerokaan elemen STEM, Pengenalan kepada Micro Education, serta penciptaan litar DIY Paper Circuit yang mengujakan.

Jutaan terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua peserta, ibu bapa, serta pihak penganjur atas komitmen yang amat menggalakkan ini. Tahniah juga kepada para pelajar yang berjaya membawa pulang Sijil PAJSK Peringkat Negeri Melaka, dan kami berharap agar pengalaman ini dapat menyuntik semangat baharu buat anak-anak untuk terus mencintai dunia inovasi dan robotik!

Slide