BERITA & AKTIVITI

PROGRAM DISCOVER PETRONAS@SCHOOL (EDISI TVET) 2024

 

10 Julai 2024 – Program Discover PETRONAS @ School (Edisi TVET) 2024 dijayakan di ILP Selandar, Melaka. Anjuran PETRONAS dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Program telah melibatkan 150 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 dari sekolah menengah sekitar Melaka.
 
Para pelajar berpeluang mengenali dengan lebih dekat dunia PETRONAS serta peluang pekerjaan yang boleh diceburi khususnya fokus dalam bidang pendidikan STEM dan TVET. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi peluang kepada peserta untuk bertemu secara langsung dengan kakitangan PETRONAS yang bekerja dalam bidang teknikal dan bukan teknikal. Perkongsian pengalaman daripada kakitangan ini diharapkan dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar untuk memilih kerjaya yang sesuai pada masa hadapan.
 
Antara pengisian program termasuk sesi taklimat, pameran kerjaya, demonstrasi robotik, Petrosains Playground dan interaksi langsung dengan penyedia latihan dan industri. Selain itu, turut diadakan taklimat mengenai TVET oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan dan perkongsian mengenai pendidikan dan pembelajaran oleh INSTEP. Semoga program memberikan inspirasi buat para pelajar dalam mengorak langkah menuju masa depan yang cemerlang.
Slide