10 Disember 2025 - ADTEC JTM Kampus Selandar berkesempatan menyantuni kunjungan hormat ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang bersama delegasi Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM) yang terdiri daripada ;-
ADTEC JTM Kampus Selandar, Melaka
1. YBrs. Ts. Rostam Bin Hashim - Pengarah
2. Tn. Hj Sazali Bin Sanep - Pen. Peg. Latihan Vokasional (Pengurusan Pelajar & Latihan)
ADTEC JTM Kampus Kepala Batas, Pulau Pinang
1. YBrs. Tn. Hj. Hairul Nizzat Bin Bahrin - Pengarah
2 . Ts. Zahari bin Md Zin - Timbalan Pengarah Latihan
3. Ustaz Khairuddin bin Saad - Penyelaras TVET TAHFIZ
Dapatan kunjungan telah membincangkan kerjasama dalam usaha menggalakkan para huffaz negeri Pulau Pinang untuk meneroka potensi masa depan berhubungkait kemahiran teknikal melalui kursus-kursus yang ditawarkan di ILJTM.
Kunjungan turut memeterai jalinan kerjasama antara ADTEC JTM Kampus Selandar bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang dan ADTEC JTM dan semoga kerjasama yang terjalin mengukuhkan lagi usaha melahirkan generasi huffaz teknokrat yang madani serta cemerlang dunia dan akhirat.


