BERITA & AKTIVITI

PROGRAM 'JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2024' ANJURAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

 

24 April 2024 – Program Jom Baca Bersama Anjuran Perpustakaan Negara Malaysia telah berlangsung dengan jayanya, menyaksikan penyertaan aktif para pelajar dan tenaga pengajar ILP Selandar. Program yang berlangsung selama 10 minit secara serentak di seluruh Malaysia ini merupakan inisiatif yang memeriahkan lagi Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Dengan slogan "Baca dan Bahagia" serta 'Pembacaan Melestarikan Perpaduan', program ini memberi penekanan kepada kepentingan membaca dalam masyarakat.
 
Amalan membaca perlu dipupuk di kalangan semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur. Melalui program ini, kita diingatkan akan keindahan dalam dunia literasi dan bagaimana pembacaan turut memainkan peranan dalam memelihara perpaduan di negara ini. Semangat "Bangsa Membaca Bangsa Berjaya" turut diseru agar kita semua dapat menghayati nilai-nilai ilmu melalui amalan membaca.
 
Mari kita sama-sama menjadikan membaca sebagai satu budaya yang berterusan, di mana sahaja kita berada. Dengan itu, kita turut menyumbang kepada pembangunan negara melalui peningkatan literasi dalam kalangan rakyat.
Slide