20 Januari 2025 – Pada hari khamis, bertarikh 16 Januari 2024 baru-baru ini, telah berlangsung satu Majlis Perasmian Penutup MSI Sesi 1/2025 yang telah disempurnakan oleh Ts. Rostam Bin Hashim, Pengarah ILP Selandar.
Program MSI kali ini menampilkan penyertaan kali pertama para pelajar dari madrasah serta pusat pengajian agama seluruh Malaysia yang berpeluang meneroka bidang baharu dalam pembelajaran mereka iaitu bidang kemahiran TVET. Program yang diraikan ini telah berlangsung selama 4 hari berperanan memberi pendedahan kepada para pelajar baharu dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran di ILP Selandar disamping mengeratkan ukhwah antara satu sama lain.
Selamat datang para huffaz ke ILP Selandar dan diharapkan agar semua pelajar terdidik menjadi insan yang memacu peneraju pembangunan TVET Tahfiz negara.