Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

PROGRAM PERHIMPUNAN BULANAN WARGA ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR

28 Ogos 2026 - Bertempat di Auditorium Iltizam ADTEC JTM Kampus Selandar menyaksikan perhimpunan bersama Pengarah Ts. Rostam Bin Hashim yang telah berkongsi konsep ukhwah dalam  organisasi serta sentiasa mengamalkan budaya hidup yang positif dalam memartabatkan budaya menuntut ilmu demi untuk menjadi warga berkemahiran tinggi  yang mampan.

Turut meraikan kejayaan penyertaan warga Kampus Selandar dalam pelbagai aktiviti antaranya : 
1. Program Penghasilan Perabot Menggunakan Kayu Terpakai
2. Pertandingan Mereka Poster ESG 
3. Pertandingan Kuiz  Semarak Bulan Patriotisme 

Turut berlangsung, semarak bulan patriotisme dengan gema laungan Merdeka serta nyanyian lagu patriotik oleh seluruh warga ADTEC JTM Kampus Selandar. Sesi ini dilihat menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya warga Kampus Selandar.

Tahniah dan syabas atas penyertaan pelbagai aktiviti menarik sepanjang bulan Ogos. Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi dalam memacu kecemerlangan TVET Madani.

.

Slide