Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

PROGRAM TANGGUNGJAWAB KHIDMAT KOMUNITI (CSR) BERSAMA KARIAH SURAU AL-GAZHALI

18-19 Julai 2026 - Disamping mengabdikan diri kepada Allah, para huffaz teknokrat ini berkesempatan menyumbang tenaga dalam mengindahkan perkarangan Surau Al-Gazhali Taman Lipat Kajang Perdana Jasin baru-baru ini.

Turut berkesempatan sesi perkongsian pemantapan akidah bersama Tuan Haji Abdul Aziz yang memperingatkan para pelajar untuk sentiasa beradab tinggi dalam menuntut ilmu, menghormati guru serta kekal bersemangat dalam meneruskan pengukuhan hafazan disamping meneruskan latihan dalam bidang kemahiran.

Semoga para huffaz teknokrat menjadi generasi yang menyantuni warga komuniti, berakhlak mulia serta bernilai kemahiran yang tinggi dunia dan akhirat.

Slide