Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN KERJASAMA PROGRAM TVET TAHFIZ KE JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PERLIS (JAIPS)

14 Mei 2026 - Satu lawatan daripada ADTEC JTM Kampus Selandar telah diadakan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPS). ADTEC JTM Kampus Selandar diwakili oleh Pengarah Ts. Rostam bin Hashim, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPS) diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan En.  Muhammad Haafizuddin bin Abirerah, pegawai-pegawai ADTEC JTM Kampus Kepala Batas dan Kangar telah berbincang dan bekerjasama bagi memperkasakan program TVET Tahfiz.

Kolaborasi ini memberi fokus kepada:
(a) Perkongsian khidmat nasihat di dalam aktiviti latihan kemahiran TVET tahfiz; 
(b) Bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti promosi bagi program TVET tahfiz;
(c) Menjadi platform pembelajaran kemahiran peringkat lepasan sekolah menengah agama dan madrasah; dan
(d) Melaksanakan aktiviti pembangunan jati diri pelajar lepasan tahfiz.

Sinergi ini bukan sahaja memperluas prospek kerjaya pelajar tahfiz, malah menjadi pemangkin kepada transformasi modal insan yang seimbang dari aspek ukhrawi dan kemahiran duniawi. Semoga usaha ini dapat melahirkan generasi huffaz yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia menghadapi keperluan industri masa kini.

Slide