11-13 September 2026 - Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi Program Tanggungjawab Komuniti Sosial (CSR) ADTEC JTM Kampus Selandar di dua lokasi yang berbeza baru-baru ini.
Seronok melihat semangat pelajar-pelajar kita turun padang untuk berbakti kepada komuniti. Lokasi pertama bertempat di Surau Al-Firdaus, Taman Seri Kemendor, Jasin disusuli dengan lokasi berikutnya bertempat di Masjid Al-Munzirin Kg Jus Jasin.
Di samping membantu memperkemaskan rumah ibadah, para huffaz turut berkesempatan menggarap pelbagai ilmu bermanfaat daripada Al Fadhil Ustaz Ahmad Fauze bin Hussin, Imam Masjid Ayer Barok yang tidak jemu mengingatkan para huffaz untuk sentiasa memurnikan Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Semoga sumbangan kecil dalam mengimarahkan rumah Allah ini memberi impak besar dan mengeratkan lagi hubungan antara ADTEC JTM Kampus Selandar dengan masyarakat setempat.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini!
