BERITA & AKTIVITI

PROGRAM TEAM BUILDING ILP SELANDAR 2024

 

19 Disember 2024 – Pada 12 Disember 2024 yang lepas, bertempat di Amverton Hotel, Ayer Keroh, Melaka, Program Team Building ILP Selandar 2024 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat dan matlamat yang jelas. Program ini bertujuan mengukuhkan kerjasama dan keharmonian dalam kalangan warga ILP Selandar, sekaligus menyemarakkan nilai-nilai kebersamaan dalam organisasi.
 
Pengisian program ini merangkumi pelbagai elemen penting yang memfokuskan kepada pemahaman mendalam tentang prinsip kerjasama berpasukan. Peserta turut diberi pendedahan mengenai pendekatan strategik dalam menghadapi pelbagai situasi serta kaedah untuk menyusun langkah-langkah yang efektif dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Selain itu, program ini juga memberi penekanan kepada kebolehan peserta mengurus cabaran dengan bijak, khususnya dalam konteks pengurusan organisasi yang dinamik.
 
Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, program ini diharapkan dapat membentuk jati diri warga ILP Selandar yang lebih teguh di samping memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta. Semangat kebersamaan yang dipupuk sepanjang program ini diharap mampu menjadi pemangkin kepada kecemerlangan organisasi dalam melakar kejayaan di masa hadapan.
 
Program Team Building ILP Selandar 2024 bukan sahaja membuktikan kesungguhan organisasi dalam membangunkan sumber manusia, malah mencerminkan komitmen untuk terus memperkukuh asas kerjasama dan keharmonian dalam kalangan warganya.
Slide