9-10 Oktober 2026 - Bertempat di German Malaysian Institute (GMI) Bangi Selangor, ADTEC JTM Kampus Selandar turun padang dalam membuka laluan pengajian dalam bidang kemahiran buat para huffaz yang telah menamatkan pengajian Hafazan dan Al Quran mereka bersempena Majlis Konvokesyen Huffaz Nusantara PERMATA Al Quran kali ke-10.
Para graduan diberikan penerangan serta gambaran hala tuju khususnya dalam bidang latihan kemahiran disamping memperkukuhkanhafazan mereka sekiranya melanjutkan pengajian di ADTEC JTM Kampus Selandar.
Semoga promosi yang telah dijalankan membuka laluan pengajian bidang kemahiran buat para huffaz yang ingin menceburi bidang latihan kemahiran di Malaysia.
