6 Julai 2026 - Satu sesi kunjungan hormat dan perbincangan strategik telah berlangsung di ADTEC JTM Kampus Selandar di antara pihak Human Resource Development Corporation (HRD Corp) yang diwakili oleh En. Muhammad Faris bin Zaharin - Associate Account Manager dan ADTEC JTM Kampus Selandar diwakili oleh En. Mohd Lizan bin Mohd Manaker – Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Sokongan Pekerjaan dan Komuniti (CESS).
Sebagai institusi TVET peneraju teknologi tinggi, ADTEC Selandar komited menyokong hasrat HRD Corp dalam memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat melalui penyediaan kursus kemahiran percuma dan berimpak tinggi sepanjang minggu NTW pasca-acara.
Antara fokus utama perbincangan termasuk:
✔ Penyediaan Latihan Percuma (NTW): Menggerakkan kepakaran pensyarah dan fasiliti canggih ADTEC Selandar untuk kursus jangka pendek komuniti & industri.
✔ Pembangunan Bakat Masa Depan: Membuka akses kemahiran Future-Skills kepada tenaga kerja tempatan.
✔ Sinergi Latihan Berimpak Tinggi: Mengintegrasikan kursus kepakaran ADTEC Selandar dengan dana/insentif latihan HRD Corp untuk manfaat industri.
✔ Upskilling & Reskilling: Menyediakan program peningkatan kemahiran buat tenaga kerja tempatan bagi mendepani cabaran automasi dan digitalisasi.
✔ Pemantapan TVET Negara: Memperkukuh peranan ADTEC Selandar sebagai hab latihan kemahiran pilihan utama majikan dan industri.
Terima kasih diucapkan kepada pihak HRD Corp atas kesudian hadir ke kampus kami. Semoga kolaborasi strategik ini membuka lebih banyak peluang keemasan buat para graduan TVET dan sektor industri negara.
