6 Julai 2026 - Alhamdulillah, telah berlangsung Sesi Taklimat Ibu Bapa Pelajar-Pelajar Baharu Sesi 2/2026 yang bertempat di Auditorium Iltizam, ADTEC JTM Kampus Selandar.
Sesi taklimat telah disampaikan sendiri oleh Ts. Rostam bin Hashim, Pengarah ADTEC JTM Kampus Selandar. Kehadiran ibu bapa ke Dewan Auditorium menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyokong perjalanan pendidikan anak-anak mereka.
Pihak jabatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan bekerjasama sepanjang sesi berlangsung.
Semoga taklimat ini memberikan informasi yang bermanfaat dan menguatkan lagi hubungan antara pihak kampus dan ibu bapa pelajar-pelajar.
