19 Ogos 2025 - Dalam mencipta persekitaran pembelajaran dan pekerjaan yang selamat dan sihat, Bahagian Khidmat Pengurusan, ADTEC JTM Kampus Selandar telah mengadakan satu sesi perkongsian bersama dengan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan (DOSH) Negeri Melaka.
Sesi perkongsian disampaikan oleh Encik Fazdhley Hafiz bin A Wahid, Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera merangkap wakil Bahagian Promosi dan Sumber, JKKP Negeri Melaka.
Perkongsian merangkumi tatakerja bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dari sudut dokumentasi dan tempat kerja. Turut berlangsung, lafaz ikrar integriti keselamatan dan kesihatan pekerjaan dibawah pimpinan Encik Atif bin Sheikh Ismail.
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu warga ADTEC JTM Kampus Selandar dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran dan pekerjaan yang sihat dan selamat.